User:ImpakMaksima
From Wikipedia, the free encyclopedia
Impak Maksima
Impak Maksima Sypnosis
Malay
Impak Maksima sebuah cerita yamg merangkumi aspek aksi, komedi dan romantik. Ianya berkisar mengenai gejala-gejala social remaja di zaman millennium ini. Cerita ini juga memaparkan salah laku remaja masa kini yang akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan pembaziran waktu yang telah mereka lalui.
Cerita bermula dengan Ayie seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta. Masalahnya Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram yang sering di jalankan di highway-highway pilihan mereka. Kehidupan seharian Ayie lebih kepada melepak dengan rakan-rakannya lebih-lebih lagi dengan 2 rakan baiknya iaitu Loyai rakan kolejnya dan Amran makanik kereta. Mereka sering bersama dan tempat favourite mereka ialah di Warung Uncle Wan dimana aktiviti-aktiviti mereka bermula.
Dalam kelekaan Ayie dengan dunia remajanya, dia sering ditegur oleh Abangnya (Johari) yang telah menjaganya semenjak ibubapa mereka meninggal dunia. Joharilah yang menyara segala perbelanjaan Ayie sebab dia ingin melihat adiknya berjaya dan mendapat pendidikan yang secukupnya.
Apabila semester baru kolej bermula Ayie yang juga begitu terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej tersebut telah terserempak dengan seorang freshie (Eva Liana) yang begitu lawa dan telah menarik perhatiannya. Apabila kosentrasi Ayie lebih kepada Eva, Ayie sudah mula kurang untuk berlumba dan melepak dengan rakan-rakan.
Amran mekanik Ayie merupakan seorang Mat Rempit. Berlaku satu insiden apabila Amran kalah pertaruhan dengan Mat Rempit lain di dalam lumba haram mereka. Ianya telah memaksa Amran meminjam duit Ah Long sebanyak RM 5,000.00 untuk melangsaikan taruhan tersebut. Segala aktiviti Amran tidak di ketahui Loyai dan Ayie.
Suatu hari Loyai di datangi Ray, seorang pusher dan terkenal dengan aktiviti haramnya. Ray ingin mencabar Ayie dalam satu lumba Drag. Ayie menolak sebaliknya Amran merasakan yang ianya satu peluang untuk beliau mendapat duit RM 5,000.00 bagi membayar Ah Long. Tanpa pengtahuan Loyai, Amran telah bertemu dengan Ray untuk menerima pelawaan tersebut dengan mempertaruhkan wang sebanyak RM 5,000.00.
Pada hari yang dijadualkan, maka berlansunglah perlumbaan antara Amran dengan Ray. Dalam perlumbaan tersebut ternyata Ray terlalu handal untuk Amran dan telah memenangi perlumbaan tersebut. Amran yang begitu panik setelah kalah telah melarikan diri dari Ray Amran begitu menyesal dengan tindakan bodohnya telah menyembunyikan diri dari Ray sebab dia tak ada duit nak membayarnya.
Berita kekalahan Amran telah di ketahui Loyai. Loyai kemudiannya mendapatkan Ayie untuk sama-sama mencari Amran kerana mereka tahu yang Amran mesti di dalam bahaya. Akhirnya Ayie menjumpai Amran yang bersembunyi di bengkel. Mereka berbincang cara untuk menolong Amran dan mereka bercadang untuk meminta pertolongan dari Johari. Dalam pada mereka berbincang Ray tiba di situ untuk memukul Amran dan Amran yang panik melihat Ray telah memandu lari dengan keretanya. Ray bertambah geram dan telah mengejar Amran. Ayie juga turut serta mengejar Amran dan Ray.
Berlakulah adegan kejar-mengejar antara mereka bertiga. Amran bertambah panik dan memecut lagi laju sehinggalah dia hilang kawalan pada kereta tersebut dan terbabas di tepi jalan. Kereta Amran terbalik dan Amran pula tersepit. Ayie yang melihat akan kejadian tersebut terus memberhentikan keretanya dan cuba menyelamatkan Amran. Malangnya Amran tidak dapat diselamatkan sebab berlaku hentakan yang kuat pada kepalanya. Ayie pula telah di tahan atas tuduhan memandu dengan bahaya di jalanraya.
Kejadian yang menimpa ke atas Ayie dan Amran betul-betul mengecewakan Johari. Johari mencari jalan untuk menyelamatkan adiknya dari lokap. Hanya dengan mengumpan Ray untuk turun berlumba merupakan peluang yang terbaik. Mampukah Johari mengajak Ray berlumba dengannya dan menyelamatkan adiknya? Semuanya akan terjawab dalam Impak Maksima.
Kereta
Loyai@Cat Farish:Nissan Cefiro A31 Lumba:Drag dan Drift Warna:Biru Muda
Johari@Eizlan Yusof:Nissan Cefiro A31"NITRO" Sticker/Nissan Skyline GTR R33 Nissan Cefiro A31 Lumba:Drift Warna:Hitam Engine SR20
Nissan Skyline GTR R33 Lumba:Drag Warna:Putih
Ray@Zul Husaimi:Nissan Cefiro A31/Nissan Silvia spec-R S15 Nissan Cefiro A31 Lumba:Drag dan Drift Warna:Ungu
Nissan Silvia spec-R S15 Lumba:Drag Warna:Putih
Ayie @Awal Ashari:Nissan Silvia S14 Q Lumba:Drift(Semasa mengejar Amran dan Ray) Warna:Kuning
Ah Fai@Ser Meg Hui:Toyota Sprinter Trueno AE86 Dengan Neon Biru Lumba:Drift Warna:Kuning
English Sypnosis
Impak Maksima an action movie revealing the life of Malaysian youngsters who are into motor sports as their passion. It covers the sequence of drift, drag, go-kart, pocket bike and mat rempit.
The story is about a college boy (Ayie) who likes to race illegally among his friend during the night. Ayie is very skillful and now he is really into drifting. Ayie two good friend (Loyai the college mates and Amran his mechanic) will always be with him in any event of the race. Ayie leaves with his brother (Johari) after their parent pas away. Johari is the one responsible to give good education to his brother.
One thing that really worries Johari is his brother activities. He just couldn’t stop it as the brother will go rebellious against him. Johari then got the idea to channel his brother to the right path by introducing him to R3 Motor sport division who at the moment is scouting new drivers. Since that moment Ayie night activities start to slow down and coincidently also Ayie is to busy chasing after the college freshie named Eva Lyana.
One day Amran the mechanic involved in an illegal racing that cost him to lose a sum of RM5,000.00. Amran is so panic and decided to run away. Ayie came to know and try to help, but it is too late where the bad guy (Ray) located Amran earlier. Amran took off with his can and been chase by the Ray. Ayie who happen to be there took off also with his car and start to chase Amran to ask him to stop and confronted Ray.
Amran lost control of the car and meet with an accident. He died. Ayie try to help but it is already too late. The police came and Ayie was jailed for reckless driving.
Johari really upset with his brother. After knowing the real story, he decided to help his brother out. Johari then called by the police to assist them to capture Ray. He was told that Ray is one of the biggest drug dealers in KL. Johari agreed as long they will not connect his brother to the incident.
The Car
Loyai@Cat Farish:Nissan Cefiro A31 Colour:Light Blue Races:Drag and Drift
Johari@Eizlan Yusof:Nissan Cefiro A31 and Nissan GT-R R33 Nissan Cefiro A31 Colour:Black with NITROdecal Races:Drift
Nissan Skyline GT-R R33 Colour:White Races:Drag
Ray@Zul Husaimi:Nissan Cefiro A31 and Nissan Silvia spec-R S15 Nissan Cefiro A31 Colour:Purple Races:Drift
Nissan Silvia spec-R S15 Colour:White Races:Drag
Ayie@Awal Ashari:Nissan Silvia S14 Q Nissan Silvia S14 Q Colour:Yellow Races:Drift(when chasing Ray and Amran)
Ah Fai@Ser Meng Hui:Toyota Trueno GT-Apex AE86 Colour Yellow with blue underglow Races Drift